Sunday 5 November 2017

KURSUS FASILITATOR TAHAP 1 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (KF 1 UPSM)




Pada 14 sehingga 16 Oktober 2017 yang lau, telah berlangsungnya program Kursus Fasilitator Tahap 1 anjuran Urusetia Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni buat ahli UPSM Batch 31. Kursus telah berlangsung selama tiga hari dua malam di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kursus ini bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada ahli-ahli UPSM yang baru dengan ilmu-ilmu berkenaan Fasilitator dan konsep kesukarelawan.

Bertunjangkan kata-kata hikmah UPSM iaitu Manusia Memanusiakan Manusia, kursus ini diadakan dengan tujuan untuk menguji ketahanan fizikal, mental, emosi dan juga mengasah kreativiti para peserta agar menjadi fasilitator dan sukarelawan yang berilmu dan berkemahiran, di mana, input-input yang didapati menerusi kursus ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembangunan diri seterusnya membangunkan orang lain terutama masyarakat.

Semoga setiap input yang diperoleh dan diberi oleh urusetia dan Trainer utama sepanjang kursus ini berlangsung memberikan nilai yang berguna buat adik-adik Batch31 yang nantinya akan bersama-sama Batch29 dan Batch30 meneruskan legasi UPSM.

Dan semoga pengalaman yang telah kita semua dapat menjadikan kita insan-insan yang lebih kuat rohani dan jasmani.


Kita mungkin bukan orang yang Hebat, tapi kita adalah orang yang Ingin Belajar dan menjadi hebat. 


BATCH30 UPSM




BATCH29 UPSM

Akhir kata,

Setiap kesusahan yang datang kepada kita, itulah yang akan menguatkan kita. 





Saturday 4 November 2017

MALAM PERJUMPAAN MEGA AHLI UPSM SESI 2017/2018


PENDAFTARAN MALAM MEGA

Pada malam 29 September 2017, diadakan pula Malam Perjumpaan Mega UPSM bersama adik-adik baru UPSM yang telah berdaftar bertempat di Auditorium Siswa, UKM. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti cabutan bertuah, tayangan video dan sesi pengenalan dengan lebih lanjut apa itu UPSM. 

Beberapa orang alumni UPSM juga telah dijemput bagi berkongsi pengalaman buat ahli-ahli baru UPSM. Pada malam itu juga Majlis Tertinggi Batch 31 telah dilantik. Diharap kepada yang telah diberikan amanah dapat menjalankan amanah dengan baik dan jayanya.







PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI BATCH31

BATCH30 UPSM

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah M3P 2017 iaitu saudari Wan Mastura binti Arifin dan semua ahli-ahli UPSM Batch30 yang telah berjaya menguruskan program M3P untuk sesi kali ini. Semoga pengalaman pertama dalam menguruskan program UPSM dalam satu batch menjadi penguat untuk terus bersama-sama membawa UPSM lebih maju ke hadapan.

Tidak dilupa, kepada Batch29 UPSM yang banyak membimbing dalam menguruskan program ini sehingga berakhir dengan jayanya.

Dan buat adik-adik Batch31, tahniah kerana menjadi insan-insan terpilih dalam menyambung legasi UPSM. Semoga setiap apa yang kalian dapat dan bakal perolehi menjadi pemangkin semangat dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.



#Elit
#KeluargaUPSM
#GerakBersama



Thursday 2 November 2017

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR (M3P) UKM 2017/2018



Pada 26 September 2017 hingga 29 September 2017 yang lalu telah berlangsungnya Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia di Aras 6 Pusanika.

 M3P adalah satu program di Pusanika dimana sewaktu minggu ini dijalankan semua mahasiswa dan mahasiswi UKM diberikan peluang untuk mengenal persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah UKM. Seperti biasa UPSM  telah mengambil bahagian pada acara tahunan ini.

Pada 25 September 2017, bermula jam 5 petang sehingga malam tersebut, kami telah bertungkus lumus menghias booth dan membuat persediaan untuk menyambut adik-adik baru keesokan harinya.








Dan, pada selama 4 hari bermula 26 September berlangsunglah Program M3P ini.


















Kami tidak menjanjikan kamilah yang paling terbaik. Tetapi, kami menjanjikan, kami akan memberikan yang terbaik. In shaa Allah..


#Elit
#GerakBersama
#KeluargaUPSM

Saturday 16 September 2017

JALINAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN



Pada Sabtu, 5 Ogos 2017, bertempat di Pusat Transit Gelandangan, Pudu, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Syarikat DR. Amsyar telah melakukan satu program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Seramai 43 orang ahli UPSM terlibat dalam program ini di mana kami telah pergi ke pusat transit tersebut bagi menghulurkan bantuan berupa makanan, pakaian, dan peralatan kebersihan badan seperti sabun mandi, ubat gigi, dan juga berus gigi. 

pengagihan makanan

bersama barang-barang keperluan hasil daripada sumbangan orang ramai.



Bukan hanya itu sahaja, pemeriksaan kesihatan secara percuma buat mereka yang berada di pusat transit gelandangan turut dilakukan.



"Dari masyarakat kami datang kepada masyarakat kami kembali" merupakan satu daripada kata-kata hikmah yang dipegang oleh setiap ahli UPSM. Terbinanya Universiti Kebangsaan Malaysia hasil sumbangan orang ramai, maka, menjadi tanggungjawab setiap dari kami untuk memberi kembali khidmat bakti kepada masyarakat di luar sana pula.

Di samping itu, program ini dijalankan bagi memupuk kesedaran ahli UPSM itu sendiri. Kami diberi peluang untuk berbual dan berkogsi kisah hidup bersama setiap gelandangan yang ada. Pelbagai kisah kehidupan yang dapat didengar dan dikongsikan oleh mereka yang berada di sana kepada ahli-ahli UPSM. Pahit, manis, saat diatas atau saat getir setiap satunya mempunyai cerita dan sebabnya sendiri. Apa yang pasti, mereka banyak memberi nasihat dan ingatan buat kami untuk sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan buat kita semua. 

perkongsian cerita.

Hasil sumbangan yang diberikan oleh orang ramai juga kami dapat memberikan rak, kipas dan juga meja batu buat pusat transit ini gunakan dalam jangka masa yang panjang.






Sesungguhnya, membuat kebaikan itu semamangnya suatu hal yang dituntut dan sangat di sukai oleh Maha Pencipta, seperi Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”


Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua orang ramai yang turut banyak memberikan sumbangan kepada kami UPSM UKM. Semoga kalian sentiasa di bawah jagaan Allah sentiasa.

Semoga program ini juga menjadikan setiap ahli UPSM dan semua orang di luar sana untuk semakin berkobar-kobar dan bersemangat dalam melakukan kebaikan tanpa mengira penat dan jemu.